Kisah Benar Kesabaran Wanita Berdoa 10 Tahun Minta Dikurniakan Cahaya Mata


Kisah Benar Kesabaran Wanita Berdoa 10 Tahun Minta Dikurniakan Cahaya Mata

Tidak semua orang dilahirkan bertuah. Tidak semua yang kita hajati begitu mudah Allah beri. Pengalaman saya berdoa lebih 10 tahun untuk mendapat seorang cahaya mata merupakan pengalaman hidup yg sangat berguna. Walaupun dipersendakan, disindir dengan kata² kurang manis, saya redha saja. Kerana anak adalah rezeki yang Allah beri utk sesiapa yang Dia kehendaki.

" Ya Allah, kurniakan kepadaku seorang anak (perempuan) sebagai tanda mata buat kami berdua, " 

Doa saya lebih 10 tahun tanpa putus harap. Dan Allah mmg maha pengasih, akhirnya doa² dari insan yang banyak dosa ini akhirnya dimakhbulkan setelah hampir 12 tahun menanti. Saya minta seorang anak perempuan, Allah dengan pemurahnya memberikan saya tiga orang. Dan seingat saya menjaga ketiga² anak perempuan saya tidak sukar semasa kecil. Tiada masalah penjagaan dan anak² diberikan kesihatan yang baik. Setiap ujian Allah ada manisnya.

Berkongsi cerita ini dengan kawan² yang masih menanti hadirnya cahaya mata dalam hidup. Pesan saya, positiflah dengan ketentuan Allah kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu di luar pengetahuan kita. Sabar dengan tohmahan orang. Pekakkan telinga dan balaslah dgn ungkapan Alhamdulillah di dalam hati.

Dulu seorang sepupu pernah melemparkan kata² kurang manis apabila kami tidak dikurniakan anak selepas lama berkahwin. Dia lupa kuasa Allah. Dia juga barangkali lupa Allah maha mendengar. Setelah berkahwin selama 23 tahun sehingga kini, beliau dan isteri belum dikurniakan cahaya mata. 

Antara cerita bahagia 2 orang sahabat saya berkaitan isu ini. Seorang daripadanya terlalu sedih apabila 2 orang anaknya meninggal ketika kecil. Memang sangat sedih bila anak yang dinantikan sekian lama diambil Allah sejurus selepas dilahirkan atau beberapa bulan kemudian. Namun Allah maha pemurah, sahabat tersebut kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel. Seorang lagi yang menunggu selama 6 tahun, kini menghitung hari menunggu kelahiran kembar 3 yang dikandungnya. Allah menguji utk memberikan ganjaran yang lebih manis buat kita.

Pesan pada diri. Sabar dan Redha. Think Positif.

Kredit Aishah Omar

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad