pounsikou kio mendapat 3 rakaman gambar yang memberi kisah betapa wujud dua piawaian dalam melaksanakan undang-undang oleh PBT Pulau Pinang yang melakukan kesalahan trafik, meletak kereta di tempat larangan sehingga menganggu dan menghalang kelancaran lalu lintas.
Sebuah kereta kancil ditarik walaupun ceritanya tuan punya kereta tersebut seorang wanita India (pakai baju hitam) bersama-sama dengan anak perempuan kecilnya, merayu agar diberikan amaran serta dilepaskan namun rayuannya tidak diendahkan .. Salah tetap salah katanya .. Very gud boy!!! .. Undang-undang itu buta ... tidak mengenal siapa .. Tahniah dan Syabas kerana bersikap tegas.Tapi mengapa kereta mewah letakkan keretanya ditempat yang sama tidak langsung diambil tindakan???? .. Itu persoalan asasnya.
Adakah kesalahan trafik hanya dikhususkan hanya untuk kereta kecil seperti Kancil sahaja sedangkan kereta mewah Mercedes Benz tidak tertakluk dalam kesalahan trafik????.
Rakyat yang mengirimkan gambar-gambar ini melontarkan satu persoalan kepada kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng ....
Mohon pihak kerajaan Pulau Pinang ambil serius akan kejadian ini dengan memberikan respon segera.