MELAMPAU!! Gara-Gara Makan Biskut, Kanak-Kanak Mati Didera Ibu Tirinya..

Gambar Hiasan

KEJAM!! Gara-Gara Makan Biskut, Kanak-Kanak Mati Didera Ibu Tirinya..

RIYADH - Seorang budak perempuan berusia lapan tahun telah didera dengan kejam sehingga mati oleh ibu tirinya kerana dia mencuri beberapa biskut dari almari kerana kelaparan.

Selepas doktor mengesahkan mangsa, Roua, meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk disebabkan oleh didera, Polis di Riyadh telah menahan wanita itu yang dikenalpasti sebagai Kolthoum, 

Abangya berusia 11 tahun bernama Ahmed juga didera oleh wanita itu kerana mencuri biskut tetapi terselamat dalam serangan itu selepas dia dikejarkan ke hospital. 

Doktor, bagaimanapun, dilaporkan berkata bahawa kanak-kanak itu masih dalam keadaan terkejut dan boleh mengalami trauma psikologi untuk masa yang lama kerana kejadian itu. 

Walaupun mengingati kejadian itu dari katil hospital beliau, Ahmed dilaporkan kepada polis dan wartawan, bahawa ibu tirinya selalu memukul mereka dan tidak memberi mereka makanan. 

Beliau juga berkata, pada malam kejadian, dia dan adiknya pergi ke almari dan mengambil beberapa keping biskut selepas mereka tidak dapat tidur kerana kelaparan. 

Dia memberitau pada keesokkan paginya ibu tirinya telah menyerbu ke dalam biliknya dengan marah selepas mendapati beberapa biskut telah hilang dan memberitahu mereka untuk pergi ke taman belakang, di mana beliau menyuruh mereka untuk berpusing di laman rumah beberapa pusingan dengan berkaki ayam dalam keadaan haba panas yang terik. 

Ahmed, kemudiannya berkata ibu tirinya itu kemudian mengarahkan mereka untuk pergi ke dalam rumah dan berdiri di atas satu kaki sehingga dia memberitahu mereka untuk duduk. Tetapi adiknya tidak dapat melakukan ini dan pengsan.  

"Dia bergegas ke arah adik saya dan memukulnya dengan sebatang kayu penyapu. Kemudian dia menghentak kepala adik sapa ke dinding. Adik saya kemudian pengsan tetapi ibu tiri saya kata dia berpura-pura dan mencurahkan air sejuk ke atas beliau. Adik saya kemudiannya dibawa beliau ke katil dan menghentak kepala adik saya pada besi katil. Adik saya perlahan-lahan membuka mata kemudian matanya tertutup. Pada saat itu saya tahu adik saya sudah tiada lagi.."kata Ahmed dalam keadaan sedih. - Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad