Antara luahan & Pendedahan Mangsa Kucing Dianiaya Omiey Home
Susulan dari pendedahan oleh bekas pekerja mengenai 'wajah sebenar' Omiey Home, salah seorang mangsa, Si Nakal Kidz (bukan nama sebenar) yang berasal dari Terengganu tampil meluahkan hati kecewanya terhadap Omiey Home yang didakwa telah menganiaya kucingnya yang pernah dihantar ke pusat pelindungan tersebut.
B
Baca pendedahan oleh mangsa di bawah:
Ni nak bagi pesanan untuk korang yang ada baca paper Metro beberapa minggu lalu. Tahu kan muka depan pasal penganiayaan haiwan? Ini kisah benar, bukan tipu.
Aku dah kat Terengganu sekarang ni, mula-mula niat nak buat kejutan kat diorang. Aku pergi melawat ambil gambar tempat tu, tapi Allah SWT je yang tahu apa aku rasa bila bagitau family diorang sedih. Tapi mama aku cakap, banyakkan berdoa. Dia tak bagi aku buat aduan sebab jangan jatuhkan nama baik orang dan berjanji sekiranya ada rezeki lebih, kami boleh bawa balik semula kucing tu walaupun kena ke Kuala Pilah.
Salam, aku nak minta maaf sekiranya aduan aku ini mengguris perasaan sesetengah pihak. Aku tengah marah bercampur sedih, sebab tu tulisan aku agak kasar tetapi aku membuat aduan ini supaya rakyat di malaysia terutamanya CAT LOVER mengetahui hal yang sebenar.
Pada hujung bulan 6 yang lalu, aku terpaksa berpindah dari KL ke Terengganu. Sebelum ini rumah yang diduduki oleh kami sekeluarga didatangi oleh kucing liar yang telah beranak pinak. Perasaan kasihan pada mereka menyebabkan kami menjaga mereka semua. Namun, setelah lebih 10 tahun menetap di sini, kami terpaksa berpindah kerana ayah telah bersara. Aku pula masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan tidak dapat menjaga mereka + menyediakan tempat tinggal serta memberi makanan.
Aku sayangkan kesemua kucing tu, tetapi kami tidak dapat bawa mereka semua. Kami melayari internet dan terjumpalah Omiey Home di Facebook yang menyediakan perkhidmatan mengambil kucing dari kalangan keluarga yang menghadapi masalah seperti kami iaitu tidak mampu menjaga dengan baik. Tetapi dengan syarat KENA BAYAR RM50 untuk seekor kucing bagi kos makanan, ubat-ubatan serta mereka berjanji akan menjaga kucing dengan baik selain mencari keluarga yang baru.
Ada kucing kami yang kurang sihat, dia kata,
"Takpe, kami asingkan yang tak sihat. Takkan dicampur sekali kerana kami akan bagi ubat."
Lega. Dengan perasaan sedih, kami serahkan 12 ekor kucing pada hari pertama kepada mereka, namun kami redha kerana ingin kucing-kucing ini mendapat tuan yang mampu menjaga mereka.
Keesokannya, kakitangan Omiey Home datang lagi untuk mengambil 6 ekor kucing dan 4 ekor anak kucing yang masih menyusu. Pemilik Omiey Home memperkenalkan diri dan apabila ditanya tentang bagaimana keadaan kucing kami yang dihantar semalam, dia jawab
"Ooo, dah ada yang adopt."
Kami bertanya lagi tentang seekor kucing tua kami, dia jawab "ada bersantai bawah pokok getah".
Silap kami tak survey tempat tu dahulu kerana kekangan masa dalam mengemas rumah untuk berpindah. Kami hanya mempercayai mereka melalui janji-janji manis dan gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook.
Dulu sebelum pindah, aku pernah cuba minta kerja di sana. Bolehlah tengok kucing-kucing tu. Tetapi pemiliknya kata jumlah sukarelawan telah penuh. Tambahan pula, family aku tak izinkan sebab masalah tempat tinggal. Aku hanya mampu mengalirkan air mata.
Akhirnya, Allah SWT ingin menunjukkan kepada aku apa yang telah berlaku pada 24/8.
Setelah hampir 2 bulan aku berpindah, aku berkesempatan datang ke Kuala Lumpur dan terus ingin ke Omiey Home dengan membawa makanan kucing dengan perasaan gembira harap dapat berjumpa dengan kucing-kucing kami sekiranya ada yang masih belum di-adopt.
Aku menaiki teksi seorang diri ke Kampung Melayu Kepong. First time aku ke sana hanya melihat kawasan perumahan yang agak rapat. Tertanya-tanya sendiri, bagaimana mereka boleh menjadikan pusat jagaan kucing di tempat yang tidak begitu luas?
Apabila sampai, rumah setingkat dan kandang besar di tepi rumah. Tapi mana pokok getahnya?
Dua orang pekerjanya menghalang aku masuk kerana tidak dibuka untuk public. Mereka siap mengunci pintu pagar lagi. Aku terpaksa merayu kerana aku datang dari jauh, Terengganu. Bila lagi aku mempunyai kesempatan untuk melawat?
Aku call pemilik Omiey Home banyak kali tetapi tidak dijawab. Tidur barangkali. Namun selepas sms pemiliknya, barulah dia membalas. Dia benarkan aku masuk, tetapi dua orang pekerjanya tadi berkata,
"Cepat ek, kitorang nak pergi makan. Maaflah ek, kawasan rumah bersepah sebab ada kenduri semalam."
Kenduri kahwin siapa entah. Rasanya bukan owner.
Kenduri kahwin siapa entah. Rasanya bukan owner.
Apabila melihat satu kandang yang takdelah besar sangat, ada lebih kurang 200 ekor kucing di dalamnya. Yang membuatkan aku sedih, kucing aku yang paling tua kononnya bersantai di bawah pokok getah dan beberapa ekor kucing yang lain terus lari ke pintu kandang kucing tua dalam keadaan kaki melecet dan kurus kering.
Aku terkejut, tetapi aku percaya dengan kuasa Allah bahawa setiap makhluk ada perasaan mereka masih lagi mengecam suara aku dan apabila aku menyebut nama mereka, terus datang. Aku masih cam kucing aku kerana aku ada gambar mereka dalam simpanan dan parut yang ada di bahagian badan mereka yang membuatkan aku percaya. mesti ada yang cakap, semua kucing sama je.
Yang membuatkan aku bertambah sedih, semasa kami serahkan mereka dalam keadaan gemuk, selepas dua bulan mereka kelihatan kurus kering. Paling menyedihkan, dalam kandang itu ada 4 ekor kucing sudah mati di atas lantai dan dipijak-pijak oleh kucing yang lain sebab sesak. Aku hanya sempat mengambil gambar sebahagian sahaja kerana tak sanggup melihat gambar kucing-kucing yang sudah mati.
"Oo dah mati ek? Tadi nazak. Takpe, nanti kitorang nak pindah ke Kuala Pilah sebab memang sebelum ini ada orang buat aduan tempat ini tak sesuai. Tapi entahlah, masih lagi takde tindakan. Pelik bin Ajaiblah".
Siap cakap lepas ni bolehlah kucing ni semua main kat tanah bila pindah ke Kuala Pilah. Agak kurang cerdiklah. Kau dahlah tak terus ambil mayat/bangkai kucing tu, kau ingat ini first time ke aku tengok kucing baru mati dengan kucing yang dah lama mati?
HELLO! Kucing yang baru mati, badan tak terus kaku ek. Kepala kucing tak naik ke atas dan keras. Kalau pernah handle kucing masa nazak, tahulah. Lepas tu terus blah borak dengan kawan dia, mungkin tengah bincang nak makan kat mana.
Maaflah ek nak cakap, patutlah badan besar banyak makan duit haram kot. Aku takut untuk terus marah kerana aku seorang perempuan.
Tiba-tiba ada seorang makcik keluar dari rumah, kemas barang-barang kenduri sambil borak dengan pekerja tu tadi. Mungkin borak pasal kemeriahan kenduri malam sebelum tu. Kucing pula terus diabaikan.
Aku cuba meninjau sambil ambil gambar ketika mereka tengah leka berborak. Dalam kandang tu, najis merata-rata disebelah tempat makanan dan bekas isi air minuman sambil beratus kucing mengiau dan berbaring meminta pertolongan.
Patutlah tak bagi masuk, nak coverlah tu.
Omiey Home, dalam bisnes kad pusat jagaan kucing,
"Jaga kucing bukan setakat bagi makan minum dengan bersihkan najis je."
Jangan kerja kat sana kalau memang takde perasaan.
Aku tak hantar mesej ke pemilik Omiey Home mengenai perkara di atas. Sebab aku tahu, dia akan mempertahankan pekerjanya. Dan aku juga tak nak dia tahu yang aku nak buat aduan. Yang peliknya, dalam Facebook setiap hari asyik meminta derma bantuan kilat untuk buat teratak Omiey Home di Kuala Pilah. Betul ke nak buat? Aku ni dah tak percaya kat Facebook, lagipun gambar boleh edit kan?
Apa kata korang tangguhkan dulu projek tu dan hantar atau beli ubat untuk 200 ekor kucing yang mata buta, kurus kering, kaki luka, barulah sesuai dengan tagline di Facebook,
"WE ARE CAT LOVER"
Tapi aku rasa diorang ni dah dikaburi dengan duit. Kan asyik buat iklan je dalam bulan puasa hari tu,
"Kalau sesiapa nak hantar kucing, boleh. Kami masih terima, RM50 seekor."
Memanglah ye mereka ni bukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas untuk menjaga kucing. Niat buka pusat jagaan kucing hanya sebab ingin menggunakan kucing sebagai punca pendapatan korang je kan? Nak jadikan kucing sebagai tempat untuk mencari nafkah. Buat event adoption, hantar kucing yang comel-comel je. Yang realiti kat kandang tak terjaga.
PLEASELAH STOP ambil kucing dari jalanan atau terima dari orang ramai. Jaga yang ada dulu sampai kucing tu dapat tuan baru. Kata 'temporary shelter' tapi aku rasa diorang nak duit je. Entah-entah lepas ini yang cakap nak pindah minggu depan ke Kuala Pilah dan bawa semua kucing ni, tipu je kot? Entah berapa je korang bawa, yang sakit dan nazak, korang tinggalkan je kat tepi jalan. Dah tahu kewangan tak kukuh, jangan berangan nak selamatkan kucing pastu post kat Facebook minta derma.
Pemilik Omiey Home ni takde gaji bulanan yang tetap ke? Takkanlah bergantung pada derma semata-mata? ADOII! Susahlah macam tu kalau orang ramai tak bagi derma, tak belilah makanan untuk kucing??
Bila ada orang comment cakap tempat ini pernah nampak pekerja siram air panas kat kucing, korang balas cakap jangan nak tuduh. Siap warning lagi. Ingat senang ke nak jaga kucing banyak.
Habis tu? Buat apa buka pusat jagaan kucing kalau dah tak larat? Aku pelik dengan manusia ni suka sangat buka pusat jagaan kucing tapi banyak sangat aduan still lagi takde tindakan. Bila aku call SPCA, pegawai kata lagi seminggu mereka akan siasat sebab banyak kes. Pegawai pula seorang je yang nak inspect.
Adoii.. buat talian aduan tetapi tak ada pekerja nak siapa. Apa makna SPCA tu? Ini kes berat, kat luar negara ada polis SPCA okay. Berapa banyak yang mati dalam masa seminggu tu. Aku berdoa agar ada pihak yang terus datang buat serbuan tak payah tunggu dalam Facebook Omiey Home post status bagitau "kami buka untuk public" sebab mereka dah semestinya standby, kemas semua bersih-bersih.
Yela, kena jaga status, dah masuk paper Berita Harian kan. Yang tak tahan siap post lagi "Eeei Omiey Home masuk paperlah." Dalam hati mungkin 'Wow glamer banyak duit masyukk', aku rasalah.
Aku dah kat Terengganu sekarang ni, mula-mula niat nak buat kejutan kat diorang. Aku pergi melawat ambil gambar tempat tu, tapi Allah SWT je yang tahu apa aku rasa bila bagitau family diorang sedih. Tapi mama aku cakap, banyakkan berdoa. Dia tak bagi aku buat aduan sebab jangan jatuhkan nama baik orang dan berjanji sekiranya ada rezeki lebih, kami boleh bawa balik semula kucing tu walaupun kena ke Kuala Pilah.
Tapi aku nak tegakkan keadilan. Mungkin dia tak dapat rasa apa yang aku rasa bila tengok kucing tu semua. Gambar pun tak nak tengok sebab tak nak sedih. Maaf mama, aku terpaksa. Aku sentiasa berdoa tetapi dalam masa yang sama aku nak satu dunia tahu bahawa keadilan mesti dilakukan.
Allah SWT telah ciptakan pelbagai makhluk di dunia ini, manusia, haiwan dan tumbuhan untuk dikongsi bersama. Tanpa haiwan dan tumbuhan, kita tiada punca makan, tanpa tumbuhan mampu ke kita bernafas?
Kita sebagai manusia dikurniakan akal pun tak dapat nak fikir yang mana betul, yang mana salah. Haiwan yang terseksa hanya mampu mengeluarkan suara tetapi kita mahkluk Allah yang seelok-elok jadian tidak akan pernah memahami setiap maksud nada suara mereka.
Harapan agar pihak berkaitan dapat terus membuat serbuan. Takut sebelum pihak Omiey Home menutup segala perbuatan keji mereka.
Ini kan dunia siber. Apa yang ditulis terus boleh disebarkan sekelip mata. Aku tahu bukan aku seorang je yang serahkan kucing untuk dijaga selepas dibayar. Aku tak kisah duit yang aku bagi tapi jaminan dan janji daripada mereka yang nak carikan tuan baru tetapi sebenarnya TIPU.
Aku nak satu dunia tahu mereka hanya mengaburi semua orang dengan imej di Facebook dan janji manis untuk mencari tuan baru tetapi hakikatnya duit yang penting, bukannya kebajikan haiwan.
Sampai sekarang pihak SPCA tak ada call aku untuk bagitau hasil siasatan. Tak siasat kot sebab dia ingat aku main-main agaknya. Tak pun Omiey Home ni pandai cover balik. Sorry, tak banyak gambar yang aku boleh ambil. Sebab aku sedih sangat, lagi pun pekejra tu tak bagi duduk lama-lama. Diorang dah kebulur kot nak pergi makan. Tetapi kucing yang kebulur korang tak kisahkan. Yang penting, kau kenyang dengan makanan dan aku bagi extra kenyang dengan DOSA.
Nampaknya isu ini semakin serius. Adalah wajar pihak Omiey Home buka semula Facebook & Instagram kepada public dan jelaskan perkara yang sebenar. Usah takut jika tidak bersalah. Jika luahan dan pendedahan ini tidak benar, pastinya pihak Omiey Home mempunyai bukti yang kukuh untuk menangkis segala dakwaan mereka. - My Media Hub
Nota Kaki: Mohon orang ramai bersabar dan jangan hambur kata-kata kesat.
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.