Bila Raisyyah Rania Yeap MARAH Headline Akhbar Fitnah...


Raisyyah Rania Yeap MARAH Tajuk ‘Kencang’ Akhbar Harian Metro Adalah Fitnah...

Dalam laman Facebook Raisyyah Rania Yeap, beliau meluahkan kemarahannya ke atas salah satu laporan akhbar Harian Metro yang bertajuk ‘Tolonglah Jaga Maruah!’.



Status Rania dalam Facebook

Laporan akhbar tersebut berkaitan mengenai salah satu statusnya yang dibuat berhubung dengan kes dua model berpakaian separuh b0gal sewaktu penggambaran di Ipoh, Perak beberapa hari lalu.

Status Rania berkaitan 2 orang model berpakaian tidak senonoh di Ipoh tempoh hari

Selepas dilihat laporan akhbar tersebut, isi kandungan artikel itu tidak lari daripada kenyataan Raisyyah Rania Yeap, namun tajuk yang digunakan untuk artikel itu dianggapnya sebagai fitnah.. Selain itu Raisyyah Rania Yeap juga menyelar laporan akhbar itu kerana mengelarnya bekas model.. Ini kerana menurut Raisyyah Rania Yeap, beliau masih seorang model dan belum bersara sebagai model.


Berikut adalah antara artikel di akhbar harian metro dan petikan tersebut:





Bagi sesetengah akhbar, tajuk laporan menjadi salah satu faktor untuk menarik pembaca membaca artikel mereka. Namun, ia mungkin boleh mewujudkan fitnah di kalangan mereka yang gemar membaca tajuk semata-mata sekaligus mewujudkan persepsi negatif pada fikiran mereka.

Mungkin lebih baik jika tajuk tersebut dibuat mengikut baris kenyataan yang sebenar daripada individu itu sendiri..


Sumber: Mynewshub.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad