Pemain JDT Curi Duit Rakan Sepasukan Dipecat

Pemain JDT Curi Duit Rakan Sepasukan Dipecat

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Curi Duit Rakan Sepasukan - Pemain JDT Di Pecat!


Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun meletakkan begnya di dalam bilik persalinan sebelum mengikuti sesi latihan dan kembali semula kira-kira dua jam kemudian.

Sebaik memeriksa dompetnya, mangsa terkejut apabila mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM500.

Sumber berkata, mangsa memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan pasukan sebelum mereka meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik berkenaan dan mendapati wang itu dicuri rakan sepasukan mereka.

Katanya, pihak pengurusan pasukan berjumpa dengan pemain yang disyaki mencuri terbabit dan dia mengaku mengambil wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan laporan kejadian dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan kejadian dan pemain terbabit digugurkan dari pasukan JDT berkuatkuasa hari ini.

#Khabarnya mangsa adalah Asraruddin Putra (ikut laporan polis yang penulis lihat)....manakala pemain yang mencuri pula.....Btw, inilah padahnya...kerana tamak sekejap....rugi seumur hidup. Pic si pencuri tu pun sebenarnya ada dalam gambar diatas...jeng..jeng...jeng!!! !

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad