MANCHESTER: Manchester City menyumbatkan empat gol dalam tempoh 26 minit untuk membelasah Aston Villa 4-0 awal pagi tadi untuk berada di depan dengan kelebihan dua mata di takhta Liga Perdana Inggeris dan secara realistiknya hanya memerlukan seri pada perlawanan terakhir untuk menjulang trofi berprestij.

City menjaringkan gol ke-100 untuk kempen musim ini ketika Edin Dzeko menjaringkan dua gol dari jarak dekat iaitu pada minit ke-64 dan ke-72 sebelum Stevan Jovetic menambah gol ketiga pada minit ke-89 dan Yaya Toure melengkapkan kejayaan dengan larian solo bijak untuk jaringan pada masa kecederaan.
City yang kini memintas Liverpool, adalah pilihan utama bagi menjulang trofi kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menanti kunjungan West Ham pada perlawanan terakhir Ahad ini. Satu mata sudah mencukupi kerana perbezaan gol sebanyak 13 berbanding Liverpool.

Sementara itu, Sunderland menewaskan West Bromwich Albion 2-0 bagi menjamin tempat dalam Liga Perdana Inggeris musim depan dan Norwich pula bakal tercicir. - AP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola