GAMBAR: Adakah Ini Rekaan Proton Saga FLX Yang Baru
PROTON SAGA, satu nama kereta yang sebenarnya sinonim dengan Proton sejak awal penubuhan gergasi penegeluar kereta Malaysia tersebut.
Kerana jenama Proton Saga adalah kereta pertama yang dikeluarkan oleh proton pada tahu 1985 dimana waktu tersebut proton bekerjasama dengan Mitsubishi pengeluar kereta terkenal Jepun.Ia berubah dari satu generasi ke satu generasi sehingga terbaru dikatakan kereta basic pertengah ini akan hadir dengan reka bentuk baru yang menawan menggunakan reka bentuk sporty.
Konsep tersebut direka oleh Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3 Dimensi, mampu memberikan impak yang amat luar biasa pada pandang pertama Proton Saga.
Sedikit info mengenai saudara Idiyaz, beliau merupakan salah seorang tenaga kerja dalam penghasilan animasi 3D untuk siri animsi Rimba Racer yang sedang hangat ketika ini .
Berikut adalah reka bentuk baru tersebut.
Sekali pandang ia seakan-akan kereta sport setanding dengan rekaan syarikat-syarikat kereta dunia lain yang sudah berjaya memikat hati sesiapa sahaja.
Pada pendapat admin pun rekaannya amt menarik, sporty dan elegan, sesuai dengan citarasa golongan muda.
Jika sebegini rekaan yang dikeluarkan oleh proton ia pastikan merancakkan lagi bidang automotif negara kita.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags