Tapah: Seorang lelaki yang cedera parah disebabkan kemalangan, terpaksa mengesot selama lima hari sebelum dia akhirnya terjumpa sebuah perkampungan orang asli.
Di dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang pada hari ahad di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tanah Mas dekat Bidor., kereta yang dipandu oleh A. Nocholas Andrew, 33, telah terjunam kedalam sebuah gaung sedalam 20 meter.
Menurut Nicholas, yang menderita patah tangan kanan dan kiri, seorang rakannya R. Thiyagarajan, 34, maut di tempat kejadian.
Nicholas berkata dia hanya minum air dari sungai dan tidur dibawah pokok sepanjang tempoh lima hari tersebut.
Nicholas menceritakan dia sedang dalam perjalanan pulang kerumah setelah menghantar kad ke majlis perkahwinan saudaranya. Bagaimanapun keretanya hilang kawalan sebelum keretanya terjunam ke dalam gaung.
"Apabila saya membuka mata, saya berada di luar kereta. Saya cuba untuk memanggil kawan saya tapi tiada respon." katanya memetik NST.
Dia cuba untuk keluar dari jurang itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal kerana kecederaan yang dialaminya.
"Selepas itu saya membuat keputusan untuk mengesot bagi mendapatkan bantuan", katanya.
Nicholas berkata dia tidak pasti berapa hari dia mengesot sebelum dijumpai oleh orang asli.
"Saya menjerit untuk mendapatkan bantuan apabila ternampak penduduk orang asli dan mereka terus datang untuk membantu saya", kata Nicholas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata mereka dimaklumkan tentang perkara itu pada pukul 4.45 petang pada Rabu. Mayat Thiyagrajan telah pun ditemui dan dihantar ke Hospital Tapah untuk tujuan bedah siasat.
Kedua-dua keluarga mangsa telah membuat laporan polis tentang kehilangan mereka pada hari Ahad.
Sumber : www.nst.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date