Tahniah! Puteri Balqis dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014

Picture
Puteri Balqis dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Baru saja memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3 baru baru ini, Puteri Balqis menerusi drama yang membawa kejayaan sulung kepadanya iaitu Balqis turut dicalonkan di peringkat Asia.

ebentar tadi, BH Online dimaklumkan si genit berusia tujuh tahun itu dicalonkan untuk Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember depan.

Balqis berentap dengan lima calon lagi. Ternyata drama yang diarahkan sutradara Erma Fatima serta bersiaran di TV3 itu membawa tuah kepadanya. Ikuti komen Balqis yang diwakili bapanya, Azizi Aziz.

"Saya agak terkejut dengan berita ini. Benar-benar tak sangka. Saya hanya diberitahu Erma sehari selepas ASK2014 berlangsung bahawa dia ada menghantar nama Balqis untuk anugerah ini. Alih-alih dia dicalonkan pula.

Picture
PELAKON Wanita Terbaik Drama Balqis, Puteri Balqis bersama ibu bapanya. - Foto Nashairi Mohd Nawi.

"Saya teruja dan Balqis sendiri pasti terharu kerana selepas di Malaysia, namanya dicalonkan pula di peringkat Asia. Ia lembaran baru buatnya untuk dititip sebagai pengalaman berharga. Kalau dia ditakdirkan menang, ia satu bonus kerana dapat mengharumkan nama Malaysia." katanya.

Tambah Azizi lagi, kejayaan Balqis di ASK2014 terus menjadi pembakar semangat buat anaknya itu untuk terus mempamerkan prestasi terbaik lagi pada masa mendatang.

"Bersyukur ke atas hadrat Ilahi atas kejayaan itu. Bagi kami, Balqis melihat dunia seni sebagai ruang untuk melontar bakat yang ada dalam dirinya," katanya.

Kemenangan Balqis di ASK2014 ironinya turut dipertikaikan ramai kerana kejayaannya itu menewaskan calon senior yang lebih berpengalaman.

Tetapi jelas di sini kemaraannya sebagai calon di peringkat Asia membuktikan bakatnya sudah mula diperhatikan di luar sana.

Keputusan juri di ASK2014 boleh dianggap bersifat global.

"Terpulanglah kepada yang menyangkal kemenangannya. Di dalam pertandingan biasalah menjadi lumrah kerana pasti pemenang dan yang tewas. Yang tewas tak bererti mereka tak bagus. Kami terima kejayaannya sebagai rezeki," katanya.



Puteri Balqis cipta sejarah tersendiri


Pelakon cilik Puteri Balqis telah mencipta sejarah dalam industri seni tanah air apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014), sekaligus menewaskan nama besar lain seperti Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.

"Ini merupakan kali kedua saya tercalon dalam kategori ini, kali pertama tahun lalu. Tapi tak sangka saya akan menang tahun ini.

"Saya memang rasa gembira, teruja dan terkejut dengan kemenangan ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, mama Eirma Fatima yang banyak memberi saya tunjuk ajar untuk menghayati watak ini.

Picture
PELAKON Wanita Terbaik Drama Balqis, Puteri Balqis. - Foto Nashairi Mohd Nawi.

"Apa pun saya berlakon bukan kerana nak menang anugerah, tetapi berlakon kerana mahu penonton fahami dengan lakonan saya," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Puteri lagi, walaupun drama terbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd ini berdasarkan kisah hidupnya, namun ia tetap mencabar baginya untuk menjayakan watak tersebut.

"Jadi agak mudah untuk saya menghayati watak Balqis itu dengan bantuan mama Eirma, tapi apa pun drama itu tetap mencabar kerana saya kena faham dengan karakter, minum banyak air dan masuk dengan karakter itu sebelum memulakan penggambaran."

Sebelum ini, aktres cilik ini juga pernah merangkul anugerah Artis Harapan Pantene di ASK 16 (2012) menerusi drama "Pelarian".

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad