Seorang kanak-kanak comel berusia lima tahun bernama Breanna Youn, telah mencetuskan fenomena di laman sosial Instagram sehingga digelar "Instagram Princess" selepas mempunyai lebih dari sejuta pengikut seluruh dunia di laman Instagramnya hampir menyamai pengikut di Instagram Cameron Diaz.
Kerana populariti yang diperoleh ini telah mengubah kehidupan gadis ini dan keluarganya apabila sudah mampu hidup mewah. Dari tinggal di rumah yang sempit kini mereka sudah mampu mendiami rumah mewah selepas menerima tajaan dari pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany.
Aksi-aksi Breanna bercakap bahasa arab yang diajar ibunya telah menarik beberapa kenamaan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari gambar-gambar comel yang dimuat oleh ibunya di Instagram.
Satu pertemuan telah diaturkan oleh kenamaan dari UAE tersebut dan dibiayai oleh mereka semua iaitu tiket penerbangan kelas bisnes Breanna sekeluarga ke Dubai. Selain itu, Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma seumur hidup di HOTEL LIMA bintang sejak Mei lalu dan menaiki limosin untuk bersiar-siar di UAE.
Dari kejadian tersebut instagram Breanna telah mendapat perhatian dari ramai orang sehingga sekarang melebihi sejuta pengikut.
Menurut Jocelyn, mereka sekarang telah berpindah ke UAE dan memeluk agama islam. Ibunya tidak tahu apa kelebihan anaknya kerana apa yang dimuat naik ke instagram adalah hanya gambar Breanna menangis dan tersenyum.
“Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan.
“Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn kepada portal berita Mail Online. Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Korea, Tagalog dan Arab. Dia turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.- Siakapkeli.com.my