Puan Anne memuat naik status di Facebook mengenai layanan buruk yang diberikan oleh seorang pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat Cawangan Hulu Langat Selangor.
Tindakan acuh tak acuh pegawai JKM itu menimbulkan rasa tidak puas hati Puan Anne, lalu meluahkan rasa geramnya di Facebook.
Akibatnya, sikap buruk pegawai JKM itu menjadi viral dan dikritik hebat oleh netizen termasuklah penjawat awam yang lain turut tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.
Bagaimanapun, Nadzri, pegawai dari Pejabat Menteri KPWKM memberikan respon mengenai perkara itu. Menurutnya, kes berkenaan telah diambil maklum dan siasatan akan dijalankan.
Sebagai penjawat away terutamanya yang berada di barisan hadapan, harus dan wajib memberikan layanan yang mesra dan profesional kepada orang awam yang datang berurusan dengan sesebuah agensi kerajaan.
Jika tidak ‘fit’ untuk berada di barisan hadapan, elok minta ditukarkan ke bahagian lain. - My Media Hub