Operasi Gempur Aurat di Kota Bharu, Kelantan.
Bermula pada Septembar sehingga Disember 2014, Operasi Gempur Aurat dilancarkan di Kelantan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi menerusi Sinar Harian Online, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.
“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya.
Lagi menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.
Setakat ini sudah 34 kompaun dikeluarkan oleh MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Dalam operasi ini tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags