Jika semalam kami siarkan kenyataan dari Abby Abadi yang mendakwa bekas suaminya Noor Farhan, 24, melarikan wangnya sejumlah RM10,000 sehingga memaksa Abby membuat laporan polis kini kenyataan bagi pihak Farhan pula.
Menurut kenyataan yang dilaporkan menerusi mstar Online, Farhan menganggap tindakan Abby Abadi itu adalah senjaga untuk memalukan dirinya kerana dia cuba untuk membayar separuh wang yang dipinjam tetapi tidak disetujui oleh Abby dan mahu ia dilangsaikan jumlah yang sepenuhnya. "Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu.
“Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya,“ tambah Farhan yang enggan menjelaskan jumlah sebenar yang telah dipinjam.
Menurut Farhan lagi dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati untuk mengambil sebarang tindakan.
"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.
Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.