Nurul Syuhada Selamat Bersalin Anak Kembar
Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi, bekas pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain mengumumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kembar, semalam.
Melalui panggilan telefon itu juga, Nurul memberitahu telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dilakukan secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.Untuk rekod Nurul Syuhada dan suami, Raja Amir Shah Raja Azwa telah selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2011 dalam majlis yang berlangsung di binjai On The Park, KLCC.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date