Kita ada 2 pilihan, sama ada menangisi duit gaji yang dikira rendah dan tidak boleh survive hidup di KL atau belajar menguruskan kewangan dengan bijak.
Dengan ilmu banyak yang anda boleh buat. Dengan ilmu banyak aspek kehidupan anda yang boleh diperbaiki. Dengan ilmu, segala-galanya mungkin.Ramai manusia awal-awal telah gagal, iaitu gagal bertindak, apatah lagi untuk bertindak luar biasa.
Jika anda graduan yang baru tamat pengajian dan anda bujang, anda mempunyai komoditi paling berharga iaitu MASA.
Gunakan masa anda untuk menambah pendapatan sampingan.
Gunakan masa anda untuk belajar ilmu pelaburan yang betul. Gunakan masa anda untuk melabur dengan bijak.
P/S: Masa depan anda terletak di tangan anda sendiri.
#ameirulazraie
-Coach Penulisan CV-
Kuala Lumpur, 8 Oktober, 1.00 pagi
Salah satu komen.
Saya Fresh Graduate dgn gaji RM 2500,apa yg akan sy buat :
1.After tolak KWSP + loan PTPTN baki di tangan RM 2000
2.Sy beli rumah low cost house/apartment below RM 100k dimana bulanan RM 500/bln..Lepas itu sy sewakn semula RM 900/bln utk fully furnished = extra cash RM 400 + loan rumah penyewa bayarkn
3.Sebab sy bujang sy beli moto scra ansurans dgn bulanan RM 150/bln
4.Sebab sy bujang sy sewa bilik dgn rate RM 300/bilik dan sy share dgn kwn sy sebuah bilik...means sy hanya bayar RM 150/bilik
5.Sy beli insurans diri dgn bulanan RM 150/bln
6.Baki stp bulan di tgn ketika ini (RM 2000 + RM 900) - ( RM 500 + RM 150 + RM 150 + RM 150) = RM 1950
7. 30% dari RM 1950 sy simpan dlm bentuk ASB loan..utk pkiraan mudah sy ambik ASB loan RM 100k dgn komitmen bulanan RM 600/bln
8.Baki di tgn RM 1350 :
RM 350 sy asingkan utk peti kecemasan
RM 500 utk sara hidup sy makan minum
RM 300 utk utk org tua di kampung
RM 200 utk hadiah diri sdri setelah penat bkerja
9.Sy beli 2nd house medium cost apartment/house dgn harga below RM 150k,monthly bulanan adalah sekitar RM 750...dan sy sewakn semula RM 1200 utk fully furnished = extra cash RM 450 + loan rumah penyewa bayarkn
10.Baki di tangan RM 1350 + RM 450 = RM 1750
11.Boleh convert cash kt kpd gram emas skt demi sdkt stp bulan..
12.Melabur sedikit wang untuk belajar ilmu pengurusan kewangan
*Banyak lg blh dibuat kalo kt tahu uruskn duit kt dgn betul
*Rancanglh kwgn kt dgn bijak dan elakkn dari pelaburan @ skim cpt kaya dek kerana tamak nak jd kaya
*Bhutanglh secara sihat
*Sekadar idea dan pengalaman budak mentah,usah pcaya
SUMBER