Sedihnya dibaca... ='( Sebak Hati~
Dlm suasana sibuknya manusia beraya disamping majlis Aqiqah yg mana sy turut diundang, haiwan ini ingin menumpang kasih bersama manusia. Tapi jiwa "manusia" itu tidaklah seperti manusia yg sy sangkakan yg sanggup berkongsi kasih dgn haiwanNasib haiwan ini cukup malang kerana keghairahan manusia dgn rezeki (makanan) didepan mata membuatkan mereka buta seolah-olah rezeki itu hanya utk dirinya sahaja. Haiwan ini disepak dan terpelanting sekitar 5m oleh seorg dewasa lingkungan umur sekitar 40an dan kemudian dipijak oleh seorang budak 8tahun
"Ya Allah!!!" Bergenang air mata sy melihat dari jauh nasib haiwan ini
Sy lantas mendapatkan haiwan ini dgn nasib yg sy sendiri tidak boleh terima yg ianya berlaku didepan mata sy sendiri. Nafas haiwan ini tercungap-cungap mungkin senak akibat disepak kuat, terkulai sambil menggigil kesakitan. Mungkin ada bahagian rusuk yg patah
Sy pangku haiwan ini lebih 1 jam, bermula dari merengek dan mengerang kesakitan, hingga badannya terkulai tak bernyawa
Walau dlm kesedihan, terubat juga bilamana sy sempat menitiskan air masak dimulutnya sehingga haiwan itu tidak mampu menelannya. Syukur ketika dlm hayatnya, sy sempat meninggalkannya dlm keadaan yg bersih, mata, mulut dan hidungnya yg kotor dek kerana kurangnya nilai perkongsian kasih sayang antara manusia dan haiwan ini
Sewaktu disaat akhir hayatnya, haiwan ini mengerang kuat sehinggakan tangannya terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk sy seolah-olah berterima kasih dgn sedikit matanya terbuka
Ingatlah wahai "manusia", dunia yg diciptakan dan rezeki yg ditaburkan Allah itu bukanlah utk kamu shj. Segalanya akan saling melengkapi. Adakah kamu ("manusia") pernah terfikir bahawa ulat juga akan memakan jasad kamu sewaktu habisnya hayat kamu wahai "manusia". Beruntunglah jika yg menunggu itu adlh ulat
Bukankah itu saling melengkapi??
Maaf kerana agak kasar tetapi sekadar luahan hati dan utk peringatan semua
SUMBER