Budak Maran Tinggal 'Bersama' Dengan Pelajar Wanita Untuk Jimat Belanja"

Inilah YUS, suruh Raja Bomoh tampar je mamat ni.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


 "Saya tidak fikir yang tinggal serumah dengan bukan mahram adalah salah, ini kerana kami hanyalah pasangan kekasih dan juga teman sekolej. Kami tinggal bersama untuk menjimatkan perbelanjaan selain dari mudah mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Itulah alasan 'poyo' atau murahan yang diberikan oleh seorang pelajar lelaki IPT yang tinggal serumah dengan beberapa rakan lelaki dan wanita.

Yus, 22 yang berasal dari Maran menjelaskan, itu adalah perkara biasa bagi pelajar IPT. Ini juga memudahkan mereka dari membuang masa mencari teman serumah.

Yus menerima tawaran rakan sekolejnya pada tahun lalu untuk tinggal bersama di rumah sewa RM800 sebulan yang mempunyai bilik kosong.

"Tanpa memikirkan risiko di masa akan datang, saya bersetuju kerana saya terdesak memerlukan bilik. Walaupun pada mulanya agak kurang selesa dan malu tinggal bersama dengan empat orang perempuan, sekarang saya sudah biasa dan selalu lepak bersama di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Bagi mengelakkan tindakan mereka dihidu oleh keluarga masing-masing, mereka akan memaklumkan kepada teman serumah untuk kemas barang masing-masing ataupun menumpang sementara di rumah rakan-rakan yang lain jika ada keluarga datang melawat. - Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad