InTrend Terkini! Warnakan Bulu Si Comel (5 Gambar)



Trend Terkini! Warnakan Bulu Si Comel (5 Gambar)

Terkejut? Ya, kami pun terkejut. Namun, inilah trend terbaru untuk kucing di Rusia. Rasa pelik pun ada, seram pun ada, tetapi mereka tetap kelihatan comel.

Sebuah salun menawarkan khidmat mendandan kucing dan anjing kepada orang awam yang berminat. Malah, mereka juga berani memberi jaminan haiwan yang didandan itu juga akan suka dengan penampilan barunya kelak.

Daria Gotz, pemilik salun berkenaan yang bertempat di Yekaterinburg, berkongsi dua hasil dandannya pada seekor kucing yang kelihatan seperti naga dan anjing yang didandan seperti lebah madu.

Menurut Daria, bahan yang digunakan tidak akan membahayakan dan memberi kesan sampingan pada si comel. Bahan yang digunakan adalah berasas dari tumbuhan-tumbuhan yang didapati dari Korea. Warna itu akan kekal di bulu si comel untuk beberapa bulan sahaja. 





Bagaimanapun, RSPCA menegaskan haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk tujuan kosmetik. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan haiwan berkenaan.

Jelas RSPCA lagi, proses mewarnakan bulu haiwan itu juga akan membuatkan mereka berasa stress dan tertekan kerana ia mengambil masa yang terlalu lama. Malah, mereka akan berasa pelik dan janggal dengan perubahan warna pada bulu dan ini akan mendorong haiwan terbabit berusaha untuk menyahkan warna-warna itu. Lama kelamaan, mereka akan tertekan dan stress. - My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad