Seorang individu dipercayai bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital swasta mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual ubat mengugurkan kandungan di Facebook secara terbuka.
L
elaki itu menggunakan nama 'Ubat Gugur Kandungan' di Facebook menjual pil Cytotec dan membuat penghantaran secara pos atau 'by hand'. Dia juga menyediakan khidmat nasihat sebelum dan selepas penggunaan ubat tersebut.
Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan sewajarnya. Jika tidak, lebih ramai anak-anak gadis akan terjerumus ke lembah maksiat. Tiada satu pun undang-undang perubatan di Malaysia yang membenarkan mana-mana pihak memberi perkhidmatan mengugurkan kandungan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
INFO INDIVIDU INI:
1. 16 February 1974, usia 40-an
2. Student Neurologist at Medical University of Lublin 1996
3. Work at Beacon International Specialist Centre at 10 January 2003 & left 10 January 2006
Contact number: 017-2534441 - Dr Zul
Individu ini pernah terlibat dalam kes polis berikutan salah seorang pelanggannya membuat laporan polis pada 21 Jun yang lalu. Bagaimanapun, dia cuba mempertahankan dirinya bahawa dia tidak bersalah. Dalam status yang sama, dia turut mengakui menjual Cytotec serta beberapa ubat-ubat terkawal yang mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dia juga menegaskan bahawa tindakannya itu tidak menyalahi undang-undang sekiranya penggunaan ubat yang dijual adalah betul dan dikawal. Bagaimanapun, dia menasihatkan orang ramai perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menggunakan khidmatnya.
Menurut sumber, banyak page/personal account yang menjual pil gugurkan kandungan boleh ditemui dalam Facebook.
Wanita atau doktor yang melakukan proses pengguguran janin adalah golongan dilaknat Allah SWT kerana jelas ia perbuatan kejam dan boleh dianggap satu pembunuhan. Proses menggugurkan janin haram dan ia jenayah pembunuhan yang jelas ditegah Islam.
Jika kandungan janin itu sudah mempunyai bentuk, maka ia haram digugurkan kerana sudah mempunyai roh. Ia dianggap pembunuhan terhadap janin walau sebesar mana sekalipun janin dalam perut ibu. Dosa bukan hanya terletak pada wanita yang melakukan malah pihak klinik dan doktor yang bersubahat dalam proses pengguguran turut menanggung dosa besar.
Doktor atau klinik swasta, terutama yang beragama Islam perlu menjauhi perbuatan terkutuk ini Berdasarkan fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 46 juta pengguguran bayi dilakukan di seluruh dunia setiap tahun.
UNDANG-UNDANG
Pengguguran janin adalah jenayah terancang yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya. Sebaliknya jika wanita itu mengandung anak yang mempunyai sifat maka wanita itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Kegiatan pengguguran bayi atau janin dipelopori golongan doktor tamak yang menggunakan kebolehan dan pengetahuan perubatan dimiliki untuk meraih keuntungan.
Kegiatan ini sukar dibendung berikutan pemilik klinik atau hospital swasta melakukan proses pengguguran haram ini sepantas mungkin bagi mengelak ia dikesan.
CEGAH SEBELUM TERLAMBAT
Satu langkah dan tindakan perundangan tegas perlu diambil bagi memastikan gejala pengguguran janin ini tidak terus berlaku. Paling mustahak kesedaran umat Islam terhadap isu ini.
Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan sewajarnya. Jika tidak, lebih ramai anak-anak gadis akan terjerumus ke lembah maksiat. Tiada satu pun undang-undang perubatan di Malaysia yang membenarkan mana-mana pihak memberi perkhidmatan mengugurkan kandungan kecuali atas sebab-sebab tertentu.