Kebanyakkan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, menurut lapor portal MailOnline semalam.
Kubur-kubur itu telah dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum
mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan ianya kemudiaannya dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.
Kebanyakan mayat-mayat yang ‘diusir’ itu terdiri daripada keluarga-keluarga yang miskin dan tidak mampu
menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat
sementara waktu.
Apabila tempoh pajakan itu tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu
akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baru.
“Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat
ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka,” kata Jorge Dan Lopez yang
telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur tersebut .
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-
ramai. – Agensi