Antara Tempat menarik di Sabah (Part 2)

Antara Tempat menarik di Sabah (Part 2)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Antara Tempat menarik di Sabah (Part 2)

Di sini, aku akan berkongsi beberapa tempat menarik di Sabah yang boleh dilawati jika anda sedang merancang untuk bercuti di Sabah.

Mungkin anda sering mendengar tentang kepelbagaian tempat menarik di Sabah, ianya memang benar dan anda dijamin akan menikmati kepuasan melancong jika memilih Sabah sebagai destinasi percutian. Tempat menarik di Sabah 2012 yang saya ingin kongsi di sini ialah sambungan daripada entri yang lepas iaitu Tempat menarik di Sabah part 1.

Rumah Terbalik, Tuaran


Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.

Sabah Tea Garden, Ranau



Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.

Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.

Sepilok, Sandakan




Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad