Penumpang Australia yang mendakwa dirinya dicabul seorang anak kapal Malaysia Airlines ketika dalam penerbangan ke Paris awal bulan ini berkata lelaki tersebut merayu kepadanya supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana bimbang diketahui isteri dan anak-anak.
Laura Bushney memberitahu demikian ketika ditemubual saluran Channel 7 berhubung dakwaannya terhadap ketua pramugara penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris, Mohd Rosli Ab Karim, 4 Ogos lalu.
MAS mengesahkan kejadian tersebut dan berjanji menyiasat perkara tersebut. Rosli ditahan polis Perancis sebaik sahaja mendarat di Paris.
Bushney, 26, juga merakamkan kejadian tersebut dalam telefon bimbitnya. Rakaman itu diudarakan program Sunday Night terbitan Channel 7 semalam.
Wanita Australia, Laura Bushney, mendakwa ketua pramugara dalam penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu merogolnya di tempat duduk di barisan 81.
Wanita yang bertugas sebagai kakitangan sokongan orang kurang upaya itu memberitahu temubual eksklusif tersebut dia bimbang menaiki penerbangan MAS ekoran insiden MH370 dan MH17, yang meragut hampir 600 nyawa penumpang dan anak kapal.
Bushney mendakwa Rosli, 54, cuba mengambil kesempatan dengan keresahannya, lalu duduk di sebelahnya di salah sebuah kerusi di barisan 81, sambil meraba kakinya dengan alasan cuba menenangkannya.
Dia memberitahu, Rosli kemudian memasukkan tangan ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.
"Saya masih bertanya, mengapa tidak saya jerit, mengapa tidak saya jerit? Mengapa tidak saya hentikannya? Saya seorang yang tabah dan boleh lakukannya, saya tahu saya boleh," kata Bushney, sambil menambah beliau terlalu takut untuk berbuat apa-apa ketika kejadian itu berlaku.
Seorang lagi penumpang, warga Canada bernama Sophie Lachance, menasihati beliau melaporkan perkara tersebut, namun Bushney mendakwa anak kapal tidak menghiraukan permintaan supaya Rosli dijauhkan daripadanya.
Katanya lagi, Rosli selepas itu meminta maaf atas perlakuannya, dalam perbualan yang dirakamkan Bushney.
Bushney kemudian dipindahkan ke ruang kelas pertama, di mana menurutnya Rosli sekali lagi merayu kepadanya tidak melaporkan perkara tersebut kerana dirinya sudah punya anak isteri.
"Jika kamu ada isteri di rumah, mengapa berbuat begitu? Ia adalah rogol," Bushney memberitahunya, seperti diceritakannya dalam temubual tersebut
Video:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.