Melampau! Permainan MH17 Persenda Keluarga Mangsa


Kurang Ajar! ‘Game’ MH17 Persenda Keluarga Mangsa

Ketika seluruh dunia, terutama warga Malaysia dan Belanda berdukacita dengan tragedi MH17 yang meragut 298 nyawa, muncul pula pihak kurang ajar mewujudkan permainan komputer yang melibatkan pesawat MAS MH17.

Game Euro BUK Simulator 2014 itu memerlukan pemainnya menembak jatuh pesawat komersial dengan BUK. Pemainnya perlu mengumpul pasport mangsa pesawat yang ditembak jatuh untuk mengutip mata permainan.

Bagaimanapun, game tersebut telah digodam dan dilenyapkan dari alam maya oleh penggodam dari Belanda.

Si pencipta game ini langsung tidak punyai perasaan hormat kepada keluarga mangsa. Sungguhpun ianya hanyalah aplikasi permainan, tetapi ini membabitkan perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa. 

Ternyata ada pihak yang mahu menghuru-harakan negara kita. - My Media Hub

Nota Kaki: Kalau rotan dah tak guna, pelempang pun boleh juga.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad