Majlis Resepsi di Raja yang berlangsung diantara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di perkarangan Istana Besar, Johor Bahru.
Ramai tetamu yang hadir dan juga tetamu kenamaan diantaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemain-pemain bola sepak JDT turut hadir. -gambar Facebook rasmi Johor Darul Tazim