Bila Gadis Nekad Melakukan Pembedahan Kerana Sering Diejek Seperti Ikan



Kisah Gadis Ini Nekad Melakukan Pembedahan Kerana Sering Diejek Seperti Ikan Jaws..

Kadang kala kata-kata lebih menyakitkan hati berbanding pukulan umpama hati tertusuk pisau.

Gadis ini sering dihina dengan panggilan 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnya dianggap aneh oleh orang lain. Hinaan kerana bentuk fizikalnya yang berbeza membuat hatinya terluka selama bertahun-tahun. Pembedahan plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.





Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku

Nama gadis ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering diejek dengan panggilan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.

"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan kini saya rasa sangat senang dan sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Ketika menatap cermin, saya berasa senang dan lega kerana gadis 'yu' yang ku kenal akhirnya hilang," katanya.

Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku

Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang bukan kerana untuk kelihatan cantik tetapi bertahun-tahun menerima ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuatkannya rasa hilang kepercayaan diri. Leanne sehinggakan berfikir bahawa wajahnya sangat cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang kala Leanne menutupi dagunya dengan selendang kerana malu untuk berhadapan dengan orang lain.

Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, walau apapun bentuk fizikalnya dan sindiran orang lain. Namun ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apa lagi didengari hampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agar rahangnya kelihatan normal.

"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.










Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi. Dia mudah bergambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak ada lagi yang mengejek atau menertawainya.

"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad