Selepas seorang bomoh mengaku Raja Bomoh membawa alat menangkap ikan untuk mencari pesawat MAS yang hilang beberapa hari lepas, hari ini 3 Laksamana Do Re Mi pula datang ke lapangan terbang KLIA untuk mengejar 'glamour'. Seharusnya pihak pengurusan KLIA tidak melayan tindakan bodoh, bangang dan khurafat ini yang boleh memalukan Malaysia di mata dunia.
Kalau pandai sangat buat sajalah jampi serapah songsang di rumah. Agaknya kenapa ketiga-tiga mangkuk hayun ini tak naik 'tikar terbang' berkenaan untuk datang ke KLIA. Kenapa menaiki kereta? Siapa agaknya mangkuk hayun yang panggil bomoh-bomoh tiruan ini untuk buat kerja-kerja yang tidak berfaedah ini?