BUKTI MENGAPA MINUMAN 3-IN-1 BAHAYA


Di zaman yang serba serbi mengejar waktu ini, banyak benda yang dahulunya 'leceh' kini menjadi lebih senang. Ditambah pula dengan pelbagai rasa dan jenis yang dijual di pasaran menggalakan lebih ramai yang beralih kepada 3-in-1 berbanding minuman yang dibancuh sendiri. My Media nak kongsikan mengapa 3-in-1 bahaya jika pengambilan minuman segera ini terlalu kerap. 

Minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai kerana mudah disediakan. Hanya koyakan sachet dan tuang dalam gelas dan tuang air panas serta kacau. SIAP! Anda sudah boleh menjadi seperti tukang buat air di kedai mamak. Mudah bukan?

Namun tidak ramai yang mengetahui, apakah isi kandung di dalam 3-in-1 yang diminum. Tambahan pula, masyarakat kita memang terkenal dengan sikap malas membaca maklumat pemakanan yang disertakan pada sachet 3-in-1 tersebut.


ISI KANDUNGAN 3-IN-1:
  • Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman  tersebut.
  • Selain GULA, KRIMER yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi KAFEIN yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 KALORI 
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping ROTI atau SEPINGGAN NASI 
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan. 
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti TONGKAT ALI, KACIP FATIMAH dan GINSENG adalah sangat SIKIT kerana bahan bahan ini mahal dan sukar untuk diperolehi.
Sesetengah orang tidak 'ambil port' mengenai perkara ini. Ya, bagi mereka selagi tiada kesan sampingan, selagi itu mereka akan terus mengamalkannya. Tetapi adalah lebih baik kita mengurangkan jumlah pengambilan. Beringat sebelum terkena. 


Sumber kajian Program Dietik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad