Elizabeth Tan bergelar isteri ahli perniagaan

Elizabeth Tan mohon maaf berita perkahwinannya dengan suami, Siew Jim tular sebelum sempat berkongsi berita gembira itu. - Foto Elizabeth Tan

Lizzy bergelar isteri ahli perniagaan

Belumpun sempat berkongsi berita gembira, foto perkahwinan pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28, dan suaminya, Siew Jim, 30, tersebar dalam laman maya.

B
iarpun perkahwinan dengan ahli perniagaan itu dirahsiakan, Elizabeth atau lebih mesra disapa, Lizzy akhirnya mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri, semalam.

Sebelum ini, video dan gambar perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak tersebar dan cukup mengejutkan peminatnya.

Penyanyi lagu Knock Knock dan Police Entry itu bagaimanapun memohon maaf kerana berita perkahwinannya tersebar lebih awal.

"Saya minta maaf sebab berita perkahwinan tular sebelum sempat mengeluarkan kenyataan. Saya merancang mahu mengumumkan selepas semuanya selesai.

"Saya ambil keputusan tidak berkongsi perkahwinan kerana ia hanya perkara kecil sahaja.

"Bagaimanapun, saya akui, gambar dan video yang tular ini memang majlis perkahwinan saya," katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang mesra disapa Lizzy memaklumkan majlis berlangsung hanya berskala kecil, dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Ia bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat," katanya.

Kickbola.net Bapa Elizabeth, David Tan Suan Chew memuat naik sekeping foto di laman Facebook berkongsi momen Elizabeth Tan bersama suami di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan. - Foto Facebook David Tan Suan Chew
Dengan kerendahan hati, Lizzy juga memohon maaf kerana tidak dapat mengundang ahli keluarga lain dan rakan media.

"Pada saya, memilih berkahwin tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama.

"Saya berharap semua dapat terima dan menghormati keputusan ini," katanya.

Bapa Lizzy, David Tan Suan Chew turut berkongsi foto pada upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

David memuat naik sekeping foto di laman Facebook berkongsi momen Lizzy bersama suami di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Menerusi hantaran terbabit, David turut menulis kapsyen memaklumkan Lizzy adalah anak perempuan terakhir.

"Anak perempuan bongsu saya, Elizabeth," tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan media dikeluarkan, pelakon filem Misteri Dilaila itu tidak berkongsi perincian majlis perkahwinan dan kisah percintaan dengan suaminya.

Sebelum ini, Lizzy pernah menyuarakan impian mendirikan rumah tangga, sekali gus menimang cahaya mata pada usia 30 tahun. Ia bagaikan memberi bayangan dirinya sudah berpunya, beberapa bulan lalu.

Lizzy pernah mendedahkan kisah cinta dengan jejaka Melayu berakhir dengan perpisahan, sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad