Syarikat Bercuti! Jutawan Dari China Bawa 6,400 Pekerjanya Makan Angin Di Perancis



Jutawan Dari China Ini Sewa 4,760 Buah Bilik Hotel 4 Dan 5 Bintang, Bawa 6,400 Pekerjanya Makan Angin Di Perancis

Seorang jutawan daripada China, telah membelanjakan 33 Juta Euro atau bersamaan RM132.83 juta untuk membawa 6,400 orang kakitangannya bercuti selama empat hari ke Perancis.


Dia berbuat demikian bagi menghargai pekerjanya sempena menyambut ulang tahun ke 20 syarikatnya iaitu Tiens Group Company.

Memetik laporan DailyMail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, merupakan antara individu terkaya yang disebut oleh majalan Forbes, memberikan kejutan istimewa dengan menempah sebanyak 4,760 bilik dari 79 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.

Tiens Group Company adalah merupakan syarikat konglomerat antarabangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.




Kumpulan besar pelancong dari China ini turut mencipta rekod baru Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.

Syarikat dibawah kendalian Jinyuan ini itu menghabiskan 13 juta Euro (RM52.33juta) di Paris dengan melawat Menara Eiffel, Arc De Triomph dan Louvre.

Sementar di Nice pula dia membelanjakan 20 juta Euro (RM80.50 juta) untuk pekerja-pekerjanya menginap di hotel Cannes dan Monaco, di mana tempat tersebut merupakan lokasi tumpuan orang kaya dan terkenal dari seluruh dunia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad