Sah Putus Cinta : Emma Maembong Akui Makan Hati Dengan Sikap Zizan Razak

Emma juga mendedahkan sebenarnya hubungan mereka sudah lama goyong dan kini dia tidak lagi mampu bertahan dengan sikap Zizan dan memilih untuk berpisah adalah jalan yang terbaik.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Sah Putus Cinta : Emma Maembong Akui Makan Hati Dengan Sikap Zizan Razak

Baru-baru ini, pelakon cantik Emma Maembong telah mengesahkan bahawa hubungan percintaannya dengan aktor Zizan Razak yang dibina selama dua tahun telah berakhir.

Malah, Emma juga mendedahkan sebenarnya hubungan mereka sudah lama goyong dan kini dia tidak lagi mampu bertahan dengan sikap Zizan dan memilih untuk berpisah adalah jalan yang terbaik.

"Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.

"Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang 'sweet' tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui.

"Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.

"Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya.

"Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga," katanya.



Emma juga turut menyangkal dakwaan bahawa dia cuba untuk mengikis duit Zizan kemudian meninggalkannya selepas mencapai apa yang dikehendaki.

"Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.

"Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya;" katanya.

Psst: Semoga ada jodoh yang lebih baik untuk kalian berdua. Allah telah menentukan dengan sebaik-baiknya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad