Bila Kucing Selamatkan Bayi Dari Kesejukan

(4 GAMBAR) Kucing Selamatkan Bayi Dari Kesejukan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


(4 GAMBAR) Kucing Selamatkan Bayi Dari Kesejukan

OBNINSK - RUSIA - Tindakan seekor kucing mengiau dengan nyaring dan kuat telah menyelamatkan seorang bayi dari kesejukan disini.

Bayi malang itu ditinggalkan di anak tangga pangsapuri di Rusia dan dijumpai oleh seorang wanita yang pelik dengan gelagat kucing yang membuat bising.

Ketika bayi lelaki 3 bulan ditemui, badannya masih panas walaupun cuaca di Rusia ketika itu adalah sejuk.


Menurut sinar harian, wanita itu mengatakan;

"Kucing tersebut menjaga bayi itu beberapa jam dan mengiau seolah-olah meminta pertolongan.

"Kucing itu telah mengekalkan kepananasan bayi itu,"

Selain dari bayi, wanita itu turut menjumpai satu beg makanan bayi dan juga lampin.



Polis kini dalam usaha untuk mengenal pasti ibu bapa kepada bayi berkenaan manakala kucing tersebut dianggap sebagai wira oleh penduduk tempatan di kawasan itu.

Menurut pegawai kesihatan, Masha, kucing jalanan yang menjaga bayi tersebut cuba memanaskan badan dengan melompat ke dalam kotak dan duduk bersama bayi.

''Walaupun berada di luar selama beberapa jam, bayi tersebut tidak mengalami masalah kesihatan", kata salah seorang jurucakap hospital yang kini merawat bayi berkenaan.

P/s: Sedangkan kucing tahu menghargai nilai kasih sayang.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad