Sekitar Tema hiasan Krismas pusat beli-belah tahun 2014

Tema hiasan Krismas pusat beli-belah tahun 2014

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Tema hiasan Krismas pusat beli-belah tahun 2014

Bila tiba musim perayaan Krismas di Malaysia, anda akan lihat di luar tingkap dan salji sedang turun. Tunggu sebentar, mari kita cuba lagi. Bila tiba musim perayaan Krismas di Malaysia, semua pusat beli-belah akan mula meletakkan hiasan cantik bertemakan Krismas.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa dan agama, setiap pusat beli-belah akan memainkan lagu Krismas berulang kali. Pastinya pokok krismas yang bergemerlapan dan bersinar akan menjadi tempat untuk pengunjung mengambil gambar. Tahun ini tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini dimana pusat beli-belah di Lembah Klang sentiasa bersemangat untuk memberikan pemandangan indah kepada pengunjung dalam perhiasan pokok Krismas.

Mari kita lihat perhiasan yang disediakan oleh pusat beli-belah yang terpilih untuk musim perayaan Krismas kali ini.

1 Utama Shopping Centre, Damansara Utama




Dengan tema "A Rustic Woodland Chrismat – Love & Joy" di pusat beli-belah 1 Utama, pengunjung akan dapat melihat warna-warni hutan Krismas dengan binatang yang comel di tingkat LG Oval. Banyak keriangan yang boleh didapati antaranya koir dan nyanyian daripada St. John Almumni  dan St. Ignatius Church. Anda boleh saksikan persembahan mereka bermula hari ini sehingga 28 Disember nanti dan pastikan anda memeriksa jadual persembahan terlebih dahulu

Sunway Pyramid,Bandar Sunway




The Pharaohs di Sunway Pyramid akan memeriahkan suasana Krismas dari sekarang sehingga 4 Januari 2015. Dengan bertemakan "A Hoopful Christmas" pengunjung akan melihat hiasan aneh dan banyak hiasan gelung di Blue Concourse. Anda akan melihat badut, beruang kutub, bola gergasi dan persembahan yang berwarna-warni yang akan memenuhi kesibukan aktiviti pada hari minggu.

Paradigm Mall, Kelana Jaya



Walaupun masih dianggap baru, namun tahun demi tahun ia terus dikenali dan ramai pengunjung mengunjungi pusat beli-belah ini. Tahun ini temanya ialah "Christmas Valleys" dengan mempersembahkan tiga puak Krismas iaitu Wallys, Claberons dan Tohrens yang akan membuat persembahan setiap hari pada pukul 7:30 petang. Lebih menarik lagi, terdapat perhiasan menarik iaitu perkampungan Krismas yang kecil.

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur


Jika anda ke bahagian tengah tingkat bawah pusat beli-belah Mid Valley Megamall, anda akan melihat perhiasan Krismas yang bertemakan "Christmas Fairy Tales". Di sana anda akan melihat perhiasan hutan yang mempesonakan dengan bunga kembang dan cendawan yang besar!

Pavilion, Bukit Bintang



Pusat beli-belah yang tersergam indah di ibu kota Kuala Lumpur ini pula bertemakan "Christmas Magnificence". Selalunya pokok Krismas yang menjadi pilihan, tetapi berbeza pula di Pavilion yang memilih patung Santa Claus besar yang menyerupai pokok diletakkan di tengah-tengah tempat tarikan di pusat beli-belah ini. Anda tidak akan ketinggalan pemandangan indah ini di saat anda melangkah masuk ke pusat beli-belah ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad