Che Ta komen isu berskirt langgar pantang di Johor Premium Outlets (JPO)

Che Ta komen isu berskirt langgar pantang di JPO

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Heboh mengatakan yang Rozita Che Wan (Che Ta) baru-bau ini ada pergi ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor untuk membeli belah bersama suaminya, Zain Saidin menurut sebuah tabloit tempatan dalam keadaan berpantang.

Ini ditambah dengan keadaan Che Ta ketika itu dengan memakai skirt pendek dan berstokin panjang. Isu itu diperbesar-besarkan memandangkan aktress ini menjadi tumpuan setiap masa.

"Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

"Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya 'pantang orang ajak' adalah.. hahaha,"

"Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

"Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..," -Che Ta petikan mStar


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad