Beruang comel Paddington meriahkan Krismas di Harrods KLCC

Paddington meriahkan Krismas di Harrods KLCC

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sempena sambutan Krismas yang berlangsung semalam, beruang comel Paddington meraikan perayaan tersebut bersama-sama pengunjung Harrods di KLCC.

Ianya merupakan sambutan pertama Paddington bersama Harrods, yang juga merupakan pengeluar untuk barangan dan cenderamata Paddington di Malaysia. 

Selain itu, ianya bersempana filem Paddington yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.


Kanak-kanak dan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan gula-gula dan mengambil gambar kenangan bersama beruang comel Paddington. 


Walaupun bekerja semasa perayaan Krismas, kakitangan Harrods diceriakan dengan kehadiran beruang Paddington dan tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan bersama.



Beruang comel Paddington juga turut menghiburkan pengunjung di Harrods dengan aksi lucunya dan menikmati minuman petang yang disediakan.




Berita baik untuk peminat-peminat beruang Paddington, anda boleh mendapatkan barangan dan cenderamata yang mempunyai gambar beruang comel Paddington di Harrods, KLCC. 

Antara barangan yang dijual adalah barangan bayi dan cenderamata seperti cawan, alatan tulis yang boleh di jadikan hadiah untuk yang tersayang sempena Krismas ini.

Bagi yang belum lagi menonton filem Paddington, anda masih lagi berpeluang untuk menonton filem tersebut di pawagam bersama keluarga.

Filem yang diedarkan oleh TGV Cinemas ini mengisahkan seekor beruang Peruvian yang mempunyai misi jelajah ke kota London, namun semuanya menjadi kelam kabut apabila Paddington mendapati dirinya sesat di stesen Paddington. Dia kemudian telah bertemu dengan keluarga Brown yang baik hati menawarkan tempat tinggal untuk sementara waktu.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad