Bila Hafiz Suip buat laporan hilang mikrofon


Hafiz Suip buat laporan hilang mikrofon

Penyanyi lagu "Matahari", Hafiz Suip telah membuat satu laporan polis berikutan mikrofonnya telah hilang selepas majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu.

Memetik daripada mStar, Hafiz berkata, dia terkilan kerana sikap cuainya dan ia merupakan alat pembesar suaranya yang pertama yang dibelinya sejak lebih setahun lalu.

"Saya hilang mikrofon itu selepas persembahan ASK 2014, ia bukan dicuri sebaliknya kecuaian saya sendiri apabila meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung kereta.

"Saya terlupa tentang mikrofon itu selepas berborak dengan seseorang sebelum masuk ke kereta, apabila saya sedar ianya sudah tiada," katanya.

Tambah Hafiz lagi, mikrofon tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain berikutan ianya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian suaranya sahaja dan juga tertera namanya serta tidak boleh dijual dalam bentuk asal.

"Kalau ada sesiapa yang menjumpai mikrofon itu sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah set untuk kegunaan saya serta 'transmitter' tertentu sahaja."

Tambahnya lagi, dia terpaksa mengumpul duit hasil daripada persembahan nyanyiannya selama beberapa bulan untuk membeli mikrofon tersebut.

"Harganya bukan boleh dapat dalam satu dua persembahan nyanyian, nak beli mikrofon itu saya terpaksa kumpul duit lama juga."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad