Jauhi 8 Perkara lidah Ini yang boleh mencampakkan seseorang ke neraka Jahanam

Jauhi 8 Perkara lidah yang boleh mencampakkan seseorang ke neraka Jahanam

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya.

Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah.

Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.

Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara :

1. Jangan bercakap bohong : Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.

2. Jangan mungkir janji : Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.

3. Jangan mengumpat : Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita.

Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat.

Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”

4. Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain : Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.

5. Jangan memuji diri-sendiri : Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.

6. Jangan melaknat : Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.

7. Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

8. Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

Serasanya, dahulu, kebanyakan yang disampaikan adalah dengan lidah. Dahulu, sesuatu yang disampaikan kebanyakannya melalui lidah. Bukanlah saya katakan kita dah kurang guna lidah, tetapi, “lidah alam maya” kini semakin kerap digunakan.

Ya, saya maksudkan dengan bicara kita dialam maya. Apa yang kita tulis melalui twitter dan facebook sebagai contoh adalah “lidah alam maya”, kerana bicara kita itu adalah secara langsung dan pantas. Jari jemari kita kini menjadi “lidah” menaip butir kata untuk interaksi dialam maya.

Berhati-hatilah sahabat-sahabatku. Ini satu peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang sudi.

Wallahualam…


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad