Ustaz Mohd Iqbal Parjin atau gelarannya Ustaz Abu Zulfaqar, adalah ustaz yg dijemput oleh pihak penganjur program 'I Want to Touch a Dog' (IWTTAD).
D
ari pengakuan, luahan hati dan permohonan maaf beliau dalam isu ini, nyata seperti ada 'miss communication' di antara pihak penganjur dengan beliau.
Di bawah ini adalah luahan hati dan permohonan maaf yg dipetik dari laman facebook beliau:
Di bawah ini adalah luahan hati dan permohonan maaf yg dipetik dari laman facebook beliau:
PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yg saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yg baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yg saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yg menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yg hadir mengenai hukum - hakam yg jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yg terdapat dalam fatwa JAKIM.
Di bawah ini saya sertakan lampiran yg difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yg hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk, cium anjing yg dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yg perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yg seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yg berlaku. Iktibar dan pelajaran yg berharga saya perolehi dari apa yg telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yg lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yg membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.