Antara Kisah Penuh & Sayu Wanita Hadir Di Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

Kisah Penuh & Sayu Wanita Hadir Di Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sekeping gambar wanita peluk bekas kekasihnya di masjlis perkahwinan tersebar di media sosial.

Kisah tersebut berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada 17 Oktober yang lalu.

Pada tarikh itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Rais (bukan Rais Yatim), 25, sedang melangsungkan pernikahannya.

Menariknya, antara yang turut hadir ke majlis perkahwinan itu adalah Risna, 22, bekas kekasih pengantin lelaki. Risna hadir ke majlis berkenaan di atas jemputan lelaki itu sendiri.

Risna yang tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai kaget seketika.

Risna dengan rakan-rakannya

Tindakan Risna itu membuatkan suasana majlis menjadi kecoh seketika. Namun ada juga yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata.

Menurut sumber, Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun, semenjak 2005. Namun kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta. Malangnya, pinangan dari keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” ujar keluarga Rais.

Gambar saat Risna memeluk Rais menjadi sangat viral dan hangat diperkatakan di media sosial Indonesia. 

Risna bagaimanapun tidak menyangka gambar kehadirannya di majlis perkahwinan bekas teman lelakinya itu tersebar di media sosial. Apatah lagi aksinya memeluk Rais yang sudah menjadi milik orang lain.

“Saya tidak tahu kok bisa tersebar,” ujar Risna pada malam Isnin 20 Oktober.

Mahasiswi Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Panrita, Bulukumba itu juga mengakui tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu. 

Manakala di Facebook Risna pula tidak henti-henti dihujani dengan kata-kata semangat dari rakannya agar tabah menghadapi apa yang berlaku.  - My Media Hub

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad