Bila Che Ta, Zain Saidin tak halang anak pergi kelab malam



Zain Saidin tak halang anak pergi kelab malam

Aktor Zain Saidin dan isterinya yang juga aktres Rozita Che Wan (Che Ta) berkata, dia dan isteri tidak menghalang anak-anak tirinya iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq, 16, jika mereka mahu keluar bersosial dan mengenal dunia luar, namun perlu ada batasan.


"Saya pun dulu pernah remaja. Ibu saya terbuka dalam segala hal dan saya di didik dengan cara terbuka. Lagipun, anak-anak ini lagi kita halang lagi mereka suka, lagi mereka nak buat. Jadi dalam hal ini saya dan Che Ta mengambil pendekatan menjadi lebih terbuka.

"Biarlah mereka rasa sendiri pengalaman-pengalaman dunia luar. Tetapi tidaklah sampai mereka boleh buat apa saja sesuka hati mereka. Saya dan Che Ta berikan mereka kebebasan asalkan mereka tak melakukan atau terjebak dengan perkara-perkara yang bukan-bukan dan tak berfaedah," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Tambah Zain lagi, berita mengenai Ammar pergi ke kelab malam memang dia dan isteri mengetahui tentang perkara itu dan yakin anak tirinya itu tahu menjaga diri dan nama baik ibu bapanya.


"Kalau tentang Ammar ke kelab malam itu, memang atas pengetahuan saya dan Che Ta. Kami bagi dia pergi sebab dia rasa tertanya-tanya dan nak tahu. Jadi biarlah dia pergi dan tengok sendiri. Saya rasa dia pun tahu bagaimana nak jaga nama baik ibu bapa dia. Tahu nak jaga status ibu bapa dia."

Dalam pada itu, Zain turut memberitahu bahawa kedua-dua anak tirinya rapat dan selalu berkongsi cerita atau meminta pandangannya.

"Ammar dan Aniq selalu juga kongsi rahsia mereka dengna saya. Macam Ammar dia banyak bertanya dan minta nasihat yang tentang macam mana nak kenal seseorang kawan perempuan.

"Pada saya anak-anak ni kalau kita sebagai ibu bapa bersikap terbuka dan beri kepercayaan kepada mereka, mereka pun akan bagi kepercayaan kepada kita."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad