Pemilik Kereta Tayar Kangkang Gelar Polis 'Anjing' Gara-gara Menyamannya



Akibat terlalu kreatif mengubahsuai kenderaan, seorang pemilik kereta Perodua Myvi telah di saman oleh Polis Trafik.

Pemilik kereta tersebut dipercayai disaman kerana menggunakan tayar 'kangkang' yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Entah apa yang menarik sangat menggunakan tayar kereta terkangkang seperti ini yang hanya membuatkan kereta kelihatan seperti 'terseksa' selepas disula. Hanya 'kaki kereta' saja yang memahami minat pelik ini.

Gambar yang viral di media sosial itu bagaimanapun menerima respon negatif dari peminat tayar kangkang. 


SUKAHATI KAMI LA NAK KANGKANG KERETA KAMI!!!

Aku kasi kangkang keta aku ka, apa ka, suka hati aku. Bukan duit makbapa ko aku guna. Inilah anjing² diluar nie. Mencari isu sbab keta. P***mak wakakakaka. Tiada keja suda ka??? Cari isu bla kiamat dunia nie??? Ini semua hanya sementera. Bkn boleh bawa mati. F**KYOU

Anggota Polis Trafik yang menjalankan tugas digelar 'anjing'? 

Untuk makluman, jalan raya adalah jalan umum, bukannya milik sesiapa. Polis Trafik dan yang selayaknya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jalan raya. Bagi mereka yang anti-polis ini, seeloknya bina jalan raya sendiri jika tidak mahu disaman oleh pihak berkuasa. - My Media Hub

Nota Kaki: Bila kena saman, salahkan kerajaan. Macam-macam.. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad