Seorang pengguna setia Petronas meluahkan rasa kesalnya terhadap kakitangan Stesen Petronas Tanjong Rambutan yang tidak jujur dalam masa bertugas.
Mangsa mendakwa, KAD MESRA miliknya yang tertinggal di stesen berkenaan telah ditebus oleh salah seorang kakitangan yang bertugas pada waktu itu.
Baca luahan hati mangsa di bawah:
STESEN MINYAK PETRONAS TANJONG RAMBUTAN TIDAK JUJUR
Tiga hari yang lalu, saya mengisi minyak di stesen ini. Semasa membuat burn, saya turut sertakan Kad Mesra kepunyaan saya. Namun, selepas pengisian selesai, saya terlupa untuk mengambil semula kad berkenaan di kaunter kerana ada urusan penting.
Saya hanya menyedari Kad Mesra itu tertinggal di stesen berkenaan selepas saya ingin mengisi minyak di Stesen Petronas Sungkai. Dalam fikiran saya yang tegar menyokong setiap sudut, Petronas adalah pilihan terbaik saya sejak memiliki lesen memandu yang akan menyimpan amanah setiap pelanggannya.
Namun, sebaliknya berlaku. Pagi ini saya menerima SMS dari Unit Mesra bernombor 66732 menyatakan saya telah menebus 300 mata ganjaran dalam Kad Mesra tersebut pada 29.9.2014 pada jam 10:57:09 pagi dimana pada ketika itu saya berada di rumah.
Pada jam 11:45 pagi, saya telah pergi ke stesen berkenaan untuk berjumpa dengan pengurus, namun gagal. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang pekerja tadi yang memberikan kerjasama yang baik dan sahkah Kad Mesra saya masih berada dalam simpanan stesen terbabit (seperti dalam gambar lampiran).
Bagi menggelakkan kekeliruan pihak berkuasa yang akan menyiasat kes ini, saya menegaskan saya tidak mengambil semula kad itu yang masih berada di stesen berkenaan.
Saya juga agak kecewa dengan sikap tidak jujur Stesen Petronas Tanjung Rambutan terhadap kepercayaan pelanggan dan perkara ini perlu diambil tindakan pihak berkuasa. - Talib Ismail
Diolah semula untuk siaran di My Media Hub