Orang ramai berebut PAYUNG kat Stesen Petronas Jalan Muar, Tangkak. Bagi yang tidak mengikuti cerita payung petronas ni, pasti pelik kan..takkan payung je sampai berebut-rebut. Sebenarnya, amat tinggi value payung petronas ni bagi orang yang memahami.
Baru-baru ini pihak Petronas ada menawarkan kepada pengguna untuk mengisi minyak sebanyak RM200 berpeluang mendapat satu unit payung edisi terhad.
Peraduan ini yang bermula 20 Julai 2014 hingga 15 September 2014 itu nampaknya mengalami rungutan oleh ramai pengguna yang telah menyertai program tersebut.'
“Cerita ini saya sendiri selidik ke beberapa stesen minyak Petronas sekitar Teluk Intan, Ipoh hinggalah ke Manjung semua memberi jawapan yang sama iaitu "kehabisan stok".” Keluh seorang pengguna dari perak yang dipetik dari laman blog Azelery.com
Cara yang cukup mudah adalah dengan setiap pengisian minyak RM20 akan diberi satu cop pada borang kecil yang disediakan, sehingga penuh 10 cop bersamaan RM200 berserta resit yang diberi anda boleh mendapatkan payung tersebut.
Jelas sekali ramai yang kecewa dengan jawapan yang diberikan pihak stesen minyak Petronas setiap kali ingin menebus payung tersebut. Hampir kesemua peserta paraduan mendapat jawapan yang sama, iaitu “payung kehabisan stok”.
Di samping itu, antara jawapan lain yang diberikan juruwang adalah masalah resit pembayaran.
Mereka menyatakan sekiranya mahu menuntut payung tersebut, resit yang diberikan mestilah berstatus ‘bayaran terakhir’ (final payment) sebanyak RM200.
Manakala, Resit pra-pembayaran (prepayment) atau salinan resit (copy resit) adalah tidak sah.