Salam takziah diucapkan kepada bekas kumpulan Elite, Linda Rafar di atas pemergian anak keduanya sebentar tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Linda sendiri menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.Anaknya yang kini berusia 12 tahun sebelum ini dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjutan untuk mengelak ianya dari terus merebak.
Rezaimen Keiflin kembali ke rahmatullah akibat ketumbuhan dalam perut yang dihidapi sejak awal tahun ini. AL-FATIHAH