Gambar : Peminat Tudung Fareeda "Berkampung" Kerana Tudung Fareeda
Nampaknya kotroversi melanda Mawar dan Fizo tiada kesudahannya.
BARU-BARU ini Butik Fareeda melancarkan rekaan tudung terbarunya, Fareeda Noura.Untuk itu, pihak butik berkenaan menjual tudung itu pada harga promosi iaitu sekitar RM120 sehelai.
Katanya pada hari ini sahaja!
Disebabkan itu, maka pagi tadi berduyun-duyun peminat tegar koleksi Fareeda mengunjungi butik tersebut di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Malah, mereka telah ‘berkampung’ seawal pagi lagi untuk mendapatkan rekaan terbaru mertua pelakon terkenal Fizo Omar itu.
Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.
Kegilaan itu ternyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.
Berfesyen tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.
Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses.
Pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.
Akhirnya kerja gila melampau sampai sanggup berkampung dan menjadi gelandangan tidak berbaloi apabila ada peminatnya melahirkan rasa amat kecewanya di laman sosial Facebook.
Terbaru, status kecewa seorang wanita yang juga peminat tegar Fareeda kini sedang hangat dikongsikan di laman Facebook pemegang akaun Salina Abu Zar
Sanggup pula kini memanggil mawar sebagai "beruk" dan fizo "bingai" sebagai kaki kuat menipu .. mendoakan suatu hari nanti anak cucu mereka akan menjadi pengemis dan tidur di kaki lima macam mana mereka lalui sebelum ini.
Lihat dan baca apa luahan hati peminat tegar Tudung Fareeda ini.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.