Kastam Sabah : 720 syarikat layak didaftarkan di bawah pelaksanaan GST.


Kastam Sabah kenalpasti 720 syarikat layak didaftarkan di bawah pelaksanaan GST.

Kastam Sabah mensasarkan kira-kira lima ribu 700 pengusaha premis perniagaan di negeri ini akan mendaftar sebagai pelesen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Kastam Sabah, Dato’ Dr. Janathan Kandok, setakat ini, pihaknya telah mengenalpasti 720 syarikat yang layak didaftarkan di bawah pelaksanaan GST.

Pendaftaran sebagai pelesen GST mula dibuka HARI INI sehingga tarikh pelaksanaan GST pada 1 April tahun depan.

Beliau menasihatkan para peniaga di negeri ini agar segera mendaftar sebagai pelesen GST bagi mengelak mereka dikenakan sebagai penalti.

Dato Dr Janathan bagaimanapun berkata, para peniaga yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai sebanyak 500-ribu ringgit tidak perlu mendaftar dibawah GST. Namun, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan.



Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM dalam temubual eksklusif di Kota Kinabalu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pendaftaran GST boleh dilayari di laman sesawang http://www.gst.customs.gov.my.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad