Malaysia terima Pasangan panda dari China Rabu ini

PASANGAN panda Fu Wa dan Feng Yi akan ditempatkan di Zoo Negara apabila tiba di Kuala Lumpur, Rabu ini.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Pasangan Giant Panda Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina), yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda, bakal tiba di sini, Rabu ini.

Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China itu telah ditandatangani pada tahun 2012.


Pasangan Giant Panda tersebut akan dibawa daripada Chengdu, China melalui penerbangan khas, MASKargo dan dijangka tiba di Malaysia melalui Kompleks MASKargo, KLIA, Sepang pada Rabu ini.


Dari situ, pasangan tersebut akan terus dibawa ke Zoo Negara dan bakal di kuarantin selama lebih kurang sebulan di kediaman khasnya yang telah siap dibina.


Ketibaan pasangan Giant Panda pada bulan ini adalah sangat signifikan memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan Sambutan Ulang tahun Ke-40 terjalinnya Hubungan Diplomatik Malaysia-China, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad