Tahun baru Thailand atau pesta Songkran di Bangkok Thailand bukan sahaja dihadiri oleh penduduk tempatan tapi juga orang luar yang sama-sama meraihkannya, tidak ketinggalan artis dari Malaysia.

Remy Ishak juga turut bersama-sama ketika itu, namun beberapa keping foto yang dimuatnaiknya dikecam ramai peminatnya.



“Sebenarnya saya tidak pernah pergi ke Pesta Songkran. Ini semua kebetulan apabila saya mahu melepaskan tekanan dan berehat selepas menjalani penggambaran Antara Satu di Langkawi dan Pulau Tioman. Saya fikir ketika itu hanyalah mahu bercuti dan berehat dan mahu bercuti di tempat-tempat yang dekat lalu memilih Bangkok sebagai lokasi percutian singkat selama 5 hari. Kebetulan saya pergi ada pesta Songkran,

“Tidak ada salahnya kerana kita lihat negara kita sendiri pelbagai kaum tinggal di bawah satu negara, meraikan pelbagai perayaan dan tradisi. Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya seorang penggemar budaya dan mahu mengetahui dengan jelas budaya yang disambut oleh masyarakat Asia beserta warisan yang ada. Saya rasakan di sini peminat tidak perlulah berfikiran negatif dan tidak perlulah perbesarkan isu ini,” -remy


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date