Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam
Setelah dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi bual bicara sehingga kini, kini kita dikejutkan sekali lagi dengan tragedi feri karam yang membawa 325 penumpang yang antaranya terdiri daripada pelajar.
Feri tersebut dikhabarkan sedang menuju ke Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada jam 8.58 pagi waktu tempatan ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.
“Mak saya cuma mahu katakan saya sayang kamu, sekadar mengambil kesempatan ini sekiranya saya tidak berpeluang untuk mengatakan ini lagi,” kata seorang pelajar berusia 17 tahun kepada ibunya ketika feri yang dinaikinya mulai karam. Pelajar itu adalah antara 77 pelajar Sekolah Tinggi Danwon di Ansan yang berjaya diselamatkan selepas itu.
Ibunya membalas: “Saya juga anakku. Saya sayang kamu,” kata ibunya tanpa mengetahui bahawa feri terbabit karam dengan cepat.
Mesej kepada bapa Dalam mesej lain, seorang pelajar perempuan yang hanya dikenali sebagai Shin menghantar mesej kepada bapanya jam 10.04 pagi untuk cuba menenangkan bapanya itu.
“Ayah, jangan risau. Saya ada memakai jaket keselamatan dan kami semua bersama-sama di sini,” tulisnya.
Bapanya membalas: “Saya tahu bahawa bantuan dalam perjalanan tetapi bukankah kamu sepatutnya tunggu di luar? Cuba keluar kalau boleh.”
Shin membalas semula: “Tak boleh. Koridor sudah dipenuhi kanak-kanak dan ia akan lebih bahaya untuk bergerak kerana kapal ini sudah senget.” Shin adalah antara 287 orang yang masih hilang dalam kejadian itu.
Dalam kemalangan maritim yang dilihat sebagai antara terburuk dekad ini, pelajar turut menghantar mesej yang menyentuh perasaan kepada orang yang mereka sayangi apabila mengetahui ia mungkin kali terakhir untuk mereka mengatakan “Saya sayang kamu.”
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags