Ketika kes penceraian rakan baiknya, Erra Fazira menjadi perbualan ramai, status perkahwinan Umie Aida turut sama menjadi tanda tanya orang ramai.
Ditanya mengenai kebenaran ura-ura ini, Umie Aida menerangkan menerusi BiPop yang rumah tangganya masih OK. Kata Umie Aida:-
Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita kan manusia? Masing-masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuatnaik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi tidaklah sampai ke arah itu (bercerai).
Rumah tangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami, biar bahagia sampai ke jannah.
Kalau ditanya pada Abang Nara, mana ada wanita yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian melainkan ia tidak dapat dielak 100%. Semoga dengan penerangan Umie Aida ini, segala persoalan telah terjawab. Kita sebagai peminat doakanlah kebahagiaan rumah tangga mereka. Apa pun, kalau ada cahaya mata, pastinya akan lebih kuat ikatan suami isteri antara Umie dan Datuk Paduka Khairuddin. Semoga dimurahkan rezeki.